Pembentangan adalah menjurus kepada perancangan dan makluman kepada pihak Telekom Malaysia Berhad berkaitan perancangan jangka masa panjang yang akan dilakukan SME dan juga PETEKMA di dalam memperluaskan lagi produk TM.
Pertemuan hampir selama 1jam 45 minit itu membangkitkan isu-isu semasa dan juga soal jawab berkaitan kedudukan ejen dan juga masalah-masalah yang sering berlaku berkaitan pendaftaran pelanggan dan sebagainya. Penjelasan mengenai permasalahan alamat pelanggan dan juga kes-kes berkaitan 'hijack' pelanggan juga telah diutarakan.
SME dan PETEKMA berharap agar usahasama kali ini memangkinkan semangat ejen-ejen yang lain untuk terus bersama dan bersatu dan memantapkan lagi jualan produk UniFi.
| En Aiman dan juga En Anuar wakil PETEKMA |
| General Manager dan Asst General Manager Channel Dept TM |
| En Sudirman Walid, General Manager Chennel Dept TM |